TABUNG MASA HADAPAN

TABUNG MASA HADAPAN

Thursday, May 22, 2014

DOKTOR FAKHRUL RAZI HANAFIAH

     Assalamualaikum , okay semua sihat ? mak ayah sihat ? Haa , tadi pagi masa kat sekolah , ada seorang penceramah atau motivator , nama nya doktor fakhrul razi . Pagi tu , masa ramai ramai kat dalam dewan , tengah bising bising , huru hara , tiba tiba ... datang seorang lelaki berlari kedepan sambil membuat gaya , tapi memang mendapat sambutan , ramai orang gelak . hahaha . Dia mula perkenalkan diri dengan lawak lawaknya . Dia lebih suka digelar abang/pakcik jangan atuk sudah lah " katanya . 
  
    Selepas dia perkenalkan diri , dia mulakan sesi motivasi , tapi motivasi tak banyak , sikit ja , dia banyak buat lawak . Dia buat motivasi pasal ibu bapa / belajar / dan lain lain . Lepas dia buat lawak dia mula cita  pasal satu sekolah ni , sekolah semayam kot , apa tah namanya , ramai pelajar cina katanya . Dia kata masa dia buat motivasi kat sekolah tu , pelajar lelaki cina duduk 3 kerusi 1 orang dan pelajar perempuan cina pulak duduk kaki kat atas kerusi " macam gangster tu , dia ada cerita pelajar sekolah sana ada nganjing nak tunjuk yang mereka dari geng 04 , aku pun taktau lah geng apa tu , tapi masa tu doktor tu tak boleh diam , dia pun terus lawan balik , doktor tu tunjuk yang dia dari geng 3 line pekida , pastu pelajar cina tu nganjing lagi , bila doktor tu dah tak boleh sabar , dia pi kat kereta dia , dia ambik parang , parang ke pisau tah , lupa dah , pastu di pi tetak tangan dia depan semua pelajar cina tu , pastu semua diam , doktor tu dengan tangan berdarah darah meneruskan motivasi tersebut , tetapi .. tak tahan lama , macam orang tua tua kata kalau darah banyak mengalir kita boleh pitam . Haaa , macam tu lah . Doktor tu dah nak pitam , pastu ada sorang ketua pelajar cina tu pi depan pastu cakap bahasa cina kat semua pelajar tu , "macam pengumuman" pastu tiba tiba , pelajar sekolah tu beratur dua dua pastu cium tangan doktor tu . Ha macam tu lah cita nya .  pastu  apa tah jadi aku lupa dah -.- banyak sangat cerita dia . Ada jugak cerita sedih, macam ni haa ceritanya , tapi aku ringkaskan jelah , masa kecik kecik dia orang miskin , lepastu dia bencilah jadi orang miskin sebab takda duit , harta dan macam macam lagi . Bila dia besar dia nak balas dendam . Dia nak jadi orang kaya , tidak mahu jadi macam dulu sebagai orang miskin , tetapi dia terlalu sibuk dengan kerja sehingga terlupa kepada ibunya .Part dia cita tu , memang feeling gila , sedihh . Dia pun turut menangis sekali .  Haa bayangkan betapa sedihnya :'( lepastu dia sendiri tak boleh nak tahan diri dia lalu dia terus keluar maka habislah sesi pertama .

   Lepas habis rehat dia mulakan sesi kedua , masa dia masuk tu kitorang peliklah dia bawak apa ntah , aku ingatkan payung , rupanya pedang . Selain tu dia bawak nenas jugak , bukan untuk makan .  Sesi kedua ni aku ringkaskan jelah ok . Dia bawak pedang sebenarnya sebab nak tunjuk yang dia boleh memotong sebiji nenas di tangan tanpa tangannya luka . Haa tu jelah yang boleh aku cerita . penat dah taip ni :'3 

  Dia kata kita anak melayu kena kuat jangan lemah , jangan jadi orang miskin , Orang melayu kena kaya , jangan jadi macam dia . Hmm , masa dia cakap tu memang semua peka . Dia tu antara motivator yang terkenal kat malaysia ni , dia boleh buat motivasi 6 jam tanpa memakai mikrofon . Kadang kadang pelik jugak kan bila dia buat motivasi kena tutup kipas , rupa rupanya dia tak mahu ada gangguan semasa bercakap . Hmm . Okay sekian dari aku , assalamualaikum :) 




Wednesday, May 21, 2014

GADGET TERBARU / IDAMAN

Assalamualaikum semua , gadget terbaru yang tengah sekarang adalah sj4000 . Haa , pernah dengar tak ? takkan tak pernah ? sj4000 ni camera . Allaa yang macam gopro tu . haa , tapi ni bukan gopro . Camera ni termasuklah dalam gadget2 yang aku minat . hehe , teringin sangat nak beli :D haa , ada sedikit gambar . 
 Haa , inilah sj4000 bila dipasang casing boleh masuk air .Ini pulak gambar sebenar camera .
Amacam . best kann , Haa , tunggu apa lagi belilah . harga lingkungan 300 - 500 tengok orang yang jual lahh . 

SJ4000(gopro alternative) Full HD Waterproof Action Helmet Camera.

Main Features:
  • A water-resistant casing that allows you to film fascinating water sports; water-resistant up to 30 meters under water 
  • NTK96650+AR0330 solution
  • High definition screen that displays and replays fascinating videos recorded 
  • Detachable battery that is easy to replace and prolongs your camera’s service life 
  • Video recording while charging
  • Video recording with battery 
  • 12-megapixel HD wide-angle lens
  • HDMI HD output
  • Web camera 
  • Support storage cards up to 32GB maximum
  • Multiple video recording formats: 1080P   720P   WVGA
  • Recorded in MOV format
  • Multiple photo shooting modes: Single shot, Snapper 
  • Video encryption enabled
  • Mini appearance, diversified colors available 

Wednesday, May 7, 2014

MEMILIH KAWAN


kawan , memang banyak bukan ? ya , terlalu banyak sampai tak boleh nak dikira . Tapi tahukah korang apakah motif seseorang itu berkawan dengan kita ? ha , jadi untuk tidak tersilap langkah memilih kawan , sedikit tips aku akan beri . Antaranya , kawan yang selalu mengajak kita untuk melakukan 'kebaikan . Haa , kawan yang macam ni lah yang kita patut ada . Sekurang - kurangnya takdalah asyik ajak melepak , hisap rokok atau melakukan perkara yang membuang masa . Selain itu , antara kawan yang patut dipilih ialah kawan yang sentiasa mengingatkan kita tentang solat . Kawan macam ni memang jarang jumpa zaman sekarang ni . Mungkin kalau korang ada , korang patut bersyukur kerana mendapat kawan yang bersifat mengambil berat . Seterusnya , kalau korang nak memilih kawan , pilih kawan yang tak suka membuang masa dan sentiasa cepat melakukan kerja serta tidak terburu buru . Akhir sekali , kawan yang patut korang miliki adalah kawan yang tidak mudah melupakan kawannya sendiri . Haa , ini yang korang patut ada . Sekurang kurangnya bila diorang senang diorang akan ingat kita dan membantu kita .