kawan , memang banyak bukan ? ya , terlalu banyak sampai tak boleh nak dikira . Tapi tahukah korang apakah motif seseorang itu berkawan dengan kita ? ha , jadi untuk tidak tersilap langkah memilih kawan , sedikit tips aku akan beri . Antaranya , kawan yang selalu mengajak kita untuk melakukan 'kebaikan . Haa , kawan yang macam ni lah yang kita patut ada . Sekurang - kurangnya takdalah asyik ajak melepak , hisap rokok atau melakukan perkara yang membuang masa . Selain itu , antara kawan yang patut dipilih ialah kawan yang sentiasa mengingatkan kita tentang solat . Kawan macam ni memang jarang jumpa zaman sekarang ni . Mungkin kalau korang ada , korang patut bersyukur kerana mendapat kawan yang bersifat mengambil berat . Seterusnya , kalau korang nak memilih kawan , pilih kawan yang tak suka membuang masa dan sentiasa cepat melakukan kerja serta tidak terburu buru . Akhir sekali , kawan yang patut korang miliki adalah kawan yang tidak mudah melupakan kawannya sendiri . Haa , ini yang korang patut ada . Sekurang kurangnya bila diorang senang diorang akan ingat kita dan membantu kita .

0 comments:
Post a Comment